Thursday 13 December 2012

OBJEKTIF KEMAS


OBJEKTIF KEMAS

1.   Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.

2.   Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan.

3.   Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak.

4.   Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

5.   Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu ; dan

6.   Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta alamalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.

No comments:

Post a Comment